Saturday, March 12, 2011

rest in peace :"(




LABUAN, 9 March -- Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) meninggal dunia manakala seorang lagi rakan mangsa cedera parah dalam satu kemalangan ngeri selepas kenderaan yang mereka pandu hilang kawalan dan bertembung dengan lori dari arah bertentangan pada lewat petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Soffinah Jasni yang masih menuntut tahun tiga dalam jurusan ekonomi kewangan berasal dari Tambunan, Sabah, manakala rakannya Noorhamidah Gurimi yang dilaporkan masih dalam kritikal berasal dari Johor.
Ketua Polis Labuan Penguasa Saiman Kasran memberitahu Bernama kejadian berlaku pada 5.15 petang ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke kampus dari arah Kg Layang-Layangan.

“Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah, dan salah seorang daripada mereka tidak dapat diselamatkan. Mangsa yang masih dirawat itu masih dalam kritikal berikutan kecederaan pada tulang rusuk. Pemandu lori tersebut hanya mendapat kecederaan ringan,” katanya.

Saiman berkata kecelakaan berpunca daripada kecuaian kerana pada masa tersebut keadaan cuaca dan jalanraya dalam keadaan baik, manakala keadaan lalulintas juga dalam keadaan lengang.



hamidah (tudung putih) , arwah fifi (tudung hitam)


~ Al-Fatihah ~
semoga kau tenang di sana Fifi .
get well soOn hamidah . hidup mesti diteruskan .

kedua-dua mangsa merupakan kawan 1 batch dgn cik ila .
batch 0811 . tp lain course .

0 comments:

Post a Comment